30 December 2009

Cuti-cuti di Castle Point - Part 1

Antara lokasi percutian yang sentiasa terkenang2 adalah percutian di Castle Point, Wilayah Wairarapa.. Tak tau apa yang istimewa tetapi percutian dan trip ini adalah antara yang tersantai dan relax.. tidak terkejar2.. ringan dan relax.. beramai2..

On the way ke Castle point kami singgah di dua tiga tempat.. antaranya Stonehenge Aotearoa.. Tak la secantik Stonehenge di England, tapi OK la, tengok2 tempat orang..







Cuaca agak panas namun angin dingin kuat berhembus.. sebelum berambus, kami singgah makan ramai2 tepi sungai..






Selepas tu kami singgah men'shopping'kan diri di Masterton.. Beli souvenir kat sini..




Perlahan2 menyusuri jalan yag kadang2 lurus dan kadang2 bengkok, akhirnya tiba ke destinasi.. Castle Point betul2 mengadap Lautan Pasifik..


Dah sampai ke rumah rehat yang kami tempah.. ada 6 bilik semuanya.. dapur dan ruang tamu yang luas serta BBQ set..



ada 1 freezer dan 2 fridge..

Aktiviti pertama petang itu bagi kaum pria ialah memburu ikan.. Para pahlawan joran berjuang sampai ke malam dan hasilnya hampir 40 ekor herring dan kahawai dibawa pulang untuk dibuat lauk malam tersebut..








Malam itu kami makan dengan meriahnya... borak2 dan beraktiviti bebas.. masa makan  tak ada pulak yang ingat nak ambik gambar masa tu.. masing2 hepi + letih..




makcik kantin menyediakan sarapan pagi..

bersambung....

26 February 2009

GENAP SETAHUN...

27 Februari 2009

Hari ini genap setahun kami sekeluarga tinggal di bumi Kiwi. buah kiwi dah makan, burung kiwi keras kat muzium dah tengok, kiwi hidup kat zoo belum pergi jengok.. dan yang kami kurang pasti adakah pengilat kasut cap kiwi ada di sini, sehingga kini belum pernah lagi tersua di mana2 kedai..