14 January 2010

Cuti-cuti di Castle Point - Part 2 : Pagi yang Indah..

Bangun pagi di Castle Point begitu menyegarkan.. Musim panas menyajikan kedinginan yang nyaman.. apatah lagi dengan rona pagi yang begitu menarik sekali.. sayangnya waktu belum ada DSLR.. namun kamera kompak Kodak 836 - 8.2mp tidaklah mengecewakan..



bermula dari pagi yang gelap..


beransur cerah..


dan cerah..


dan semakin cerah..







Kink Mizan turut tidak melepaskan peluang menikmati pagi ini..





tapi Kink ambik gambag aku kelabu sikit.. sebab ada goyang..




Bestnya aku masa ni.. bukan sebab hensem ka apa.. tapi masa ni betul-betul lepas dan bebas.. langsung tak perlu fikir pasal kerja atau apa.. tapi itu lebih setahun yang lalu.. sekarang belum siap A dah kena buat B dan dalam masa yang sama kena planning for C  yang bakal menjelma.. Planner dah full sampai bulan Jun nanti..

tapi bila HATI TERKENANG.. MULUT SENTIASA NAK MENYEBUT.. nak sebut selalu nanti orang sekeliling mula boring.. so sebut kat sini saja laa.. hehehe..

sambung lagi la nanti.. tak boleh banyak2..

30 December 2009

Cuti-cuti di Castle Point - Part 1

Antara lokasi percutian yang sentiasa terkenang2 adalah percutian di Castle Point, Wilayah Wairarapa.. Tak tau apa yang istimewa tetapi percutian dan trip ini adalah antara yang tersantai dan relax.. tidak terkejar2.. ringan dan relax.. beramai2..

On the way ke Castle point kami singgah di dua tiga tempat.. antaranya Stonehenge Aotearoa.. Tak la secantik Stonehenge di England, tapi OK la, tengok2 tempat orang..







Cuaca agak panas namun angin dingin kuat berhembus.. sebelum berambus, kami singgah makan ramai2 tepi sungai..






Selepas tu kami singgah men'shopping'kan diri di Masterton.. Beli souvenir kat sini..




Perlahan2 menyusuri jalan yag kadang2 lurus dan kadang2 bengkok, akhirnya tiba ke destinasi.. Castle Point betul2 mengadap Lautan Pasifik..


Dah sampai ke rumah rehat yang kami tempah.. ada 6 bilik semuanya.. dapur dan ruang tamu yang luas serta BBQ set..



ada 1 freezer dan 2 fridge..

Aktiviti pertama petang itu bagi kaum pria ialah memburu ikan.. Para pahlawan joran berjuang sampai ke malam dan hasilnya hampir 40 ekor herring dan kahawai dibawa pulang untuk dibuat lauk malam tersebut..








Malam itu kami makan dengan meriahnya... borak2 dan beraktiviti bebas.. masa makan  tak ada pulak yang ingat nak ambik gambar masa tu.. masing2 hepi + letih..




makcik kantin menyediakan sarapan pagi..

bersambung....

26 February 2009

GENAP SETAHUN...

27 Februari 2009

Hari ini genap setahun kami sekeluarga tinggal di bumi Kiwi. buah kiwi dah makan, burung kiwi keras kat muzium dah tengok, kiwi hidup kat zoo belum pergi jengok.. dan yang kami kurang pasti adakah pengilat kasut cap kiwi ada di sini, sehingga kini belum pernah lagi tersua di mana2 kedai..

22 November 2008

FLASHBACK 2 : DI BUMI KIWI

arrival arch di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland

27 Februari 2008, 12.30 pm kapal terbang mendarat di Auckland. Pemeriksaan kastam agak detail, mujur kami telah mengisi borang declare manakala makanan2 telah diletakkan dalam satu beg berasingan, jadi pegawai tersebut hanya membuka satu beg saja dan semuanya lepas.. Kami kemudian menuju ke Domestic Airport utk flight ke Wellington pada jam 3.00pm..

Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland

Lapangan Terbang Domestik

Lebih kurang pukul 3.45 kami tiba di Wellington, disambut oleh saudara Fairuz, pensyarah dari UKM yang sedang berada di hujung2 'Phd'nya.. beliaulah yang banyak membantu dan memberi nasihat semenjak kami di Malaysia lagi.. kalau nak mengharap maklumat dari MSD di New Zealand.. err.. tuan2 dan puan2 cubalah sendiri.. malas nak cerita kat sini.. mungkin juga MSD diwujudkan untuk memberi keutamaan kepada pelajar under graduate sahaja..


Mr Fairuz

Suffian's family

Alhamdulillah saudara Sufian dan isteri (Nita) sudi menumpangkan kami sementara mencari rumah.. dengan bantuan rakan2 lain operasi mencari rumah sewa bermula keesokan harinya (28 Feb 2008).. Sambil2 cari rumah, cari kereta sekali..

Capella

Syukur sekali lagi, dipendekkan cerita cari mencari, hari ke-3 (29 Feb 2008) kami dapat flat dua bilik di Kilbirnie dengan sewa mingguan NZD300.. kereta pun beli jugak di Tawa, Mazda Capella 1994 dengan harga NZD1100.. so selesai misi penting.. terima kasih banyak2 pada abang Pyan (kerja kat FIANZ) dan Nita (bakal doktor).. Terima kasih juga kepada semua senior2 di Wellington yang banyak membantu kami..

Teratak kami tingkat bawah.. ada 4 flat dalam 1 blok

depan rumah, 6/22 Ross Street, Kilbirnie

di laman rumah (musim luruh 2008)

2 Mac 2008 kami mula masuk rumah.. sewanya adalah NZD300 seminggu, sebulan kalau ada 4 minggu kos sewaan adalah NZD1200 (lebih kurang RM3000 kalau dikira tukaran matawang semasa).. maka bermulalah episod suka duka kami menjalani kehidupan jauh di rantau orang.. di bumi Kiwi..

Urusan pendaftaran elektrik dan talian telefon semuanya dilakukan dalam talian.. tak perlu susah2 isi borang dan salinan itu ini.. service delivery kat sini memang top (so far)..

17 November 2008

PM Baru New Zealand

Rakyat NZ selamat mengundi pada 8 Nov 2008.. dan rakyat telah memilih party National untuk menerajui negara.. walaubagaimanapun National tidak boleh bersendiri sebab tak cukup 70 kerusi untuk kuasai parlimen.. depa cuma dapat 59 kerusi.. setelah lebih kurang 2 minggu 'deal' dengan 3 lagi parti kecil iaitu United Future party (1 kerusi) ACT party (5 kerusi) dan Maori party (5 kerusi), akhirnya terbentuklah Kerajaan baru NZ..

Labour Party yang menerajui NZ sebelum ni hanya mendapat 43 kerusi.. sekarang jadi pembangkang di parlimen NZ..


John Key jadi PM New Zealand sekarang..


13 October 2008

Mengundi


Parlimen NZ dibubarkan dalam 2 minggu lepas.. Sekarang masing-masing tengah panas berkempen.. Parti pemerintah adalah Labour Party yang diketuai oleh PM Helen Clark. Pencabar utama adalah National Party yang diketuai oleh John Key. Lain-lain parti adalah New Zealand First, Maori Party, Green Party, United Future Party, ACT Party, Kiwi Party, Pacific Party dan Progressive Party.

Tanda Pangkah atau Tanda 'Betul'

kat Malaysia kalau nak pilih kena pangkah


Di New Zealand kalau nak pilih kena tanda 'betul'