22 November 2008

FLASHBACK 2 : DI BUMI KIWI

arrival arch di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland

27 Februari 2008, 12.30 pm kapal terbang mendarat di Auckland. Pemeriksaan kastam agak detail, mujur kami telah mengisi borang declare manakala makanan2 telah diletakkan dalam satu beg berasingan, jadi pegawai tersebut hanya membuka satu beg saja dan semuanya lepas.. Kami kemudian menuju ke Domestic Airport utk flight ke Wellington pada jam 3.00pm..

Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland

Lapangan Terbang Domestik

Lebih kurang pukul 3.45 kami tiba di Wellington, disambut oleh saudara Fairuz, pensyarah dari UKM yang sedang berada di hujung2 'Phd'nya.. beliaulah yang banyak membantu dan memberi nasihat semenjak kami di Malaysia lagi.. kalau nak mengharap maklumat dari MSD di New Zealand.. err.. tuan2 dan puan2 cubalah sendiri.. malas nak cerita kat sini.. mungkin juga MSD diwujudkan untuk memberi keutamaan kepada pelajar under graduate sahaja..


Mr Fairuz

Suffian's family

Alhamdulillah saudara Sufian dan isteri (Nita) sudi menumpangkan kami sementara mencari rumah.. dengan bantuan rakan2 lain operasi mencari rumah sewa bermula keesokan harinya (28 Feb 2008).. Sambil2 cari rumah, cari kereta sekali..

Capella

Syukur sekali lagi, dipendekkan cerita cari mencari, hari ke-3 (29 Feb 2008) kami dapat flat dua bilik di Kilbirnie dengan sewa mingguan NZD300.. kereta pun beli jugak di Tawa, Mazda Capella 1994 dengan harga NZD1100.. so selesai misi penting.. terima kasih banyak2 pada abang Pyan (kerja kat FIANZ) dan Nita (bakal doktor).. Terima kasih juga kepada semua senior2 di Wellington yang banyak membantu kami..

Teratak kami tingkat bawah.. ada 4 flat dalam 1 blok

depan rumah, 6/22 Ross Street, Kilbirnie

di laman rumah (musim luruh 2008)

2 Mac 2008 kami mula masuk rumah.. sewanya adalah NZD300 seminggu, sebulan kalau ada 4 minggu kos sewaan adalah NZD1200 (lebih kurang RM3000 kalau dikira tukaran matawang semasa).. maka bermulalah episod suka duka kami menjalani kehidupan jauh di rantau orang.. di bumi Kiwi..

Urusan pendaftaran elektrik dan talian telefon semuanya dilakukan dalam talian.. tak perlu susah2 isi borang dan salinan itu ini.. service delivery kat sini memang top (so far)..

17 November 2008

PM Baru New Zealand

Rakyat NZ selamat mengundi pada 8 Nov 2008.. dan rakyat telah memilih party National untuk menerajui negara.. walaubagaimanapun National tidak boleh bersendiri sebab tak cukup 70 kerusi untuk kuasai parlimen.. depa cuma dapat 59 kerusi.. setelah lebih kurang 2 minggu 'deal' dengan 3 lagi parti kecil iaitu United Future party (1 kerusi) ACT party (5 kerusi) dan Maori party (5 kerusi), akhirnya terbentuklah Kerajaan baru NZ..

Labour Party yang menerajui NZ sebelum ni hanya mendapat 43 kerusi.. sekarang jadi pembangkang di parlimen NZ..


John Key jadi PM New Zealand sekarang..


13 October 2008

Mengundi


Parlimen NZ dibubarkan dalam 2 minggu lepas.. Sekarang masing-masing tengah panas berkempen.. Parti pemerintah adalah Labour Party yang diketuai oleh PM Helen Clark. Pencabar utama adalah National Party yang diketuai oleh John Key. Lain-lain parti adalah New Zealand First, Maori Party, Green Party, United Future Party, ACT Party, Kiwi Party, Pacific Party dan Progressive Party.

Tanda Pangkah atau Tanda 'Betul'

kat Malaysia kalau nak pilih kena pangkah


Di New Zealand kalau nak pilih kena tanda 'betul'

08 October 2008

FLASHBACK 1 : DARI PUTRAJAYA KE WELLINGTON

26 Februari 2008

Hari2 terakhir kami di bumi Malaysia.. Menjelang petang baru selesai kosongkan rumah.. urusan terakhir adalah penyerahan kunci kuaters pada jam 4.30 pm.. dan seterusnya kami menuju ke KLIA..

renungan terakhir aina dari Putrajaya

Hasya, Dinie, Mirza (sepupu) dan 'Aina

OK.. dah almost clear!!

Acara menyumbat barang ke dalam kereta..


dah selesai..

babai Putrajaya..

babai..

Lambaian Terakhir






Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi mengiringi kami ke KLIA dan bersama kami pada saat-saat terakhir sebelum meninggalkan tanahair..

06 October 2008

BLOG TELAH BERPINDAH

Untuk pengunjung2 Life in Kiwiland, sila pindah ke alamat http://maskjask.blogspot.com/ dalam Blog Kia Ora..

Blog ini telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan catatan peristiwa selama 6 bulan di NZ hilang begitu sahaja.. Insya Allah akan diupload semula gambar2 kenangan semasa berada di bumi Kiwi ini..